PENDAHULUAN
Sebagai
seorang guru, saya mendapati ramai di kalangan murid, ibu bapa dan juga
segelintir guru tidak mementingkan mata pelajaran pendidikan seni
visual. Pada hakikatnya pendidikan seni berupaya melahirkan perubahan
individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengamatan estetik
dan membentuk emosi yang seimbang. Melalui aktiviti seni seperti
melukis, kraf tangan dan apa jua kegiatan seni, kesan diri akan merasa
kepuasan, lega, lapang dan ketengaan dari tekanan perasaan.
Pancaindera
yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia.
Panceinderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni.
Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan
sesebuah karya seni. Maka jelaslah di sini bahawa seni dapat menajamkan
kepekaan dan pengamatan seseorang. Selain itu, seni
juga merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya
mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.
Matlamat
mata pelajaran Seni Visual Sekolah Rendah adalah melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif, selaras dengan hasrat Falsafa
Pendidikan Kebangsaan. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab
kita mendidik kanak-kanak dalam usaha merealisasikan hasrat Falsafa
Pendidikan Kebangsaan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Dengan itu,
timbulan hasrat saya untuk membuat blog yang berkenaan dengan Pendidkan
Seni Visual supaya dapat berkongsi pengalaman dengan guru pendidikan
seni dan guru yang mungkin kurang terdedah kepada alam seni serta
mempertingkatkan lagi kefahaman dan penghayatan murid-murid, para guru
dan ibu bapa tentang kepentingan Pendidkan Seni Visual dan kegunaan
dalam kehidupan kita.
APAKAH ITU SENI?
* Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,
keseronokan dan kesenangan estetik.
* Menurut Syed Ahmad Jamal, estetik berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu
perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian, keindahan,bukan menekan aspek
kegunaannya.
* Menurut June McFee, seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana
ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu
masyarakat.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI
- Peranan Ekspresi
Memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan menajamkan persepsi,
meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.
- Peranan Emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi akan mempengaruhi ingatan seseorang.
- Peranan Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan
a) Perasaan dalam kanak-kanak.
b) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
c) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
EMPAT BIDANG AKTIVITI PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH:
- Menggambar
- Membuat Corak Dan Rekaan
- Membentuk Dan Membuat Binaan
- Mengenal Kraf Tradisional
No comments:
Post a Comment